Kulit yang cantik bukan datangnya daripada kosmetik yang mahal, tetapi dari pemakanan dan nutrisi yang betul. Petua yang Irna nak share ni dapat menjadikan wajah kita 7 tahun lebih muda dan nampak berseri-seri. Dah tak perlu nak cari produk mahal-mahal untuk nampak cantik, Dengan amalkan minum susu badam sebelum tidur anda pasti akan terkejut dengan hasilnya yang pantas.

Susu Badam Kunyit Bermadu

Sebelum Irna share pada anda cara nak buat minuman sedap lagi berkhasiat ni, just nak share sikit khasiat minuman ni:

Badam

  • Kaya Dengan Vitamin E Yang Dapat Mencantikkan Kulit
  • Menurunkan Berat Badan
  • Merendahkan Risiko Darah Tinggi Dan Serangan Jantung
  • Menambah Tenaga
  • Melancarkan Peredaran Darah

Madu

  • Memudarkan Parut Jerawat
  • Merawat Jerawat
  • Meremajakan Kulit
  • Mencerahkan Kulit

Kunyit

  • Mengurangkan Kulit Berminyak
  • Anti Penuaan
  • Menghalang Kanser Kulit

Bahan-bahan

  1. Tiga (3) biji buah badam (Ditumbuk kasar)
  2. Dua (2) sudu madu asli
  3. 150ml susu rendah lemak
  4. Satu (1) sudu besar kunyit (Ditumbuk kasar)

Cara-cara

  • Tuangkan 150ml Susu Rendah Lemak.

  • Masukkan badam.

  • Tuangkan madu.

  • Tuangkan hirisan kunyit.

Gaul campuran sehingga warnanya menjadi kehijauan.

  • Yess…siap…senang je nak buat. Amalkan minum Susu Badam Kunyit Bermadu sebelum tidur setiap hari. Anda pasti akan terkejut dengan hasilnya. Ia bukan sahaja mencantikkan kulit malah baik untuk kesihatan.