Bintik hitam adalah bonjolan kecil yang muncul kerana kulit tersumbat dengan minyak dan kulit mati. Ia juga sebenarnya jerawat ringan yang selalunya terjadi pada muka, bahagian hidung adalah bahagian yang paling ketara. Ia juga boleh terjadi pada belakang badan, dada, leher, lengan dan bahu.

Irna tahu, anda yang ada masalah ni mesti selalu gentel hidung korang untuk keluarkan bintik hitam tu. Sekarang anda jangan risau, Irna ada tips yang berkesan untuk hilangkan bintik hitam atau mat saleh cakap blackhead.

Bahan-bahan:

1.  1/2 Pisang

2. 1 Sudu Besar Madu

3. 1 Uncang Teh Hijau

Cara-cara:

 

Ambil 1/2 bahagian pisang, potong kiub dan lenyekannya.

  

Masukkan madu ke dalam pisang.

  

Masukkan Teh Hijau.

  

Gaulkan bancuhan tersebut.

  

Sapukan pada bahagian muka. Tumpukan bahagian yang mempunyai bintik hitam.

Haa..jangan baca je. Buat tau. Insyaallah anda berjaya hilangkan bintik hitam tu.

code> <!– Go to www.addthis.com/dashboard to customize your tools –> <script type=”text/javascript” src=”//s7.addthis.com/js/300/addthis_widget.js#pubid=ra-5b0d6026f663f139″></script> </code>

code>