Geramnye hati ni, semalam baru je ajar anak tambah tolak. Hari ni dah lupa. Mula la duk google doa kuat ingatan untuk anak.

Cari punya cari jumpa video dari youtube doa kuat ingatan dari Habib Ali Zaenal Abidin.

Lepas tu terus bacakan doa tu pada si kakak tu.

Tapi rasa berdosa pula kalau tak share kat orang lain.

Jadi, hari ini Irna nak share dengan anda semua doa kuat ingatan bukan sahaja pada anak-anak, tapi boleh digunakan juga untuk anda.

Doa Kuat Ingatan

اَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ نَفْسًا بِكَ مُطْمَئِنَّةً، تُؤْمِنُ بِلِقَائِكَ، وَتَرْضَى بِقَضَائِكَ، وَتَقْنَعُ بِعَطَائِكَ

Ya Allah aku memohon kepada Engkau jiwa yang tenang, beriman dengan perjumpaan denganMu dan puas hati dengan pemberianMu dan redha dengan ketentuanMU

Menurut Habib Ali Zaenal Abidin, doa ni dibacakan selepas solat Asar.

Sebab utama Irna cari doa kuat ingatan ni adalah sebab anak Irna yang sulung.

Si kakak ni mudah lupa terutama bila mengaji.

Puas bapanya ajar mengaji, kadang-kadang ingat, kadang lupa.

Recommended Reading:
   Kesan Jerit Pada Anak

Geram pula rasanya.

Tapi tak boleh nak marah mereka, sebab belajar ni benda baru untuk mereka.

Ibu bapalah perlu usaha untuk tahu cara mengajar dan mencari alternatif untuk anak kuat ingatan.

Bukan anak sahaja yang ada masalah ingatan, malah kita juga yang dewasa pun ada masalah ingatan juga.

Jadi, doa kuat ingatan ini juga patut anda praktikkan.

Kadang-kadang Irna tertanya-tanya kenapa ada orang kuat ingatan dan ada orang tidak.

Seperti biasa selepas buat research dalam google rupanya ini antara penyebabnya dan cara menguatkan ingatan.

Cara Menguatkan Ingatan

#1. Kurangkan Makan Gula

Makan terlalu banyak gula bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan malah untuk ingatan juga.

Kajian juga telah dibuat dimana 4000 orang yang mengambil gula berlebihan seperti minuman soda mempunya ingatan yang lemah.

Nasib baik Irna memang tak suka manis-manis.

Korang yang suka minum manis-manis tu, belajar-belajar la kurangkan ye.

Satu lagi, jangan biasakan anak anda minum atau makan makanan yang manis.

#2 Kekalkan Berat Badan

Berat badan berlebihan juga tidak bagus untuk ingatan anda.

Satu kajian telah dibuat di mana 50 orang antara 18 hingga 35 tahun yang berat badan berlebihan mendapat hasil yang teruk dalam ujian memory.

So, inilah masanya turunkan berat badan anda.

#3 Dapatkan Tidur Yang Cukup

Ok, Irna rasa ini yang paling mudah untuk anda buat.

At least kalau anda rasa tak boleh 2 tips di atas, anda buat yang ni.

Tidak cukup tidur dapat menjejaskan ingatan anda.

Biasakan anak anda tidur awal dalam lingkungan pukul 9 hingga 10 malam.

Ok, sampai sini sahaja ini share pada anda.

Jangan lupa doa kuat ingatan yang Irna share tadi.

Doa kuat ingatan itu bukan untuk anak-anak anda, tapi juga untuk anda.

Sekarang..anda tahu satu lagi perkara.

Share pada yang memerlukan.

Rujukan: ‘https://www.healthline.com/nutrition/ways-to-improve-memory#section5