Inilah dia punca dan cara hapuskan jeragat degil yang telah menghantui anda selama ini.

Wanita yang mempunyai masalah jeragat degil mesti tension bila nak pergi kenduri atau pergi mana-mana majlis. Mereka malu, kurang keyakinan dan rendah diri kerana mengalami masalah keragat degil.

Jangan sedih wanita-wanita sekalian, saya faham ada sesetengah dari anda dah keluar banyak duit untuk cuba hilangkan masalah jeragat yang degil, tapi jeragat masih tak hilang-hilang malah makin banyak.

Sabar-sabar. Mari kita baca apakah sebab jeragat degil ni menghantui anda dan bagaimana nak hilangkan jeragat degil ini.

Jom Like FB Page Irna Rashid

Kenapa Jeragat Muncul?

Jeragat adalah bintik-bitik berwarna coklat cerah yang berada pada kulit muka anda dan ianya tidak berbahaya tetapi ia berkemungkinan boleh menyebabkan kanser kulit.

Ramai orang percaya bahawa jeragat degil berpunca dari kurangnya penjagaan kulit seseorang itu. Sebenarnya jeragat berpunca daripada lebihan minyak yang terkumpul dalam saluran kelenjar sebum.

Kandungan dalam jeragat yang degil terdiri dari keratin dan perubahan sebum yang menjadi hitam ketika ia teroksida.

Punca-Punca Jeragat

Tiada orang yang lahir dengan jeragat, ataupun masalah genetik. Ia muncul daripada pendedahan cahaya matahari tanpa perlindungan.

Kulit anda mengandungi sel yang dipanggil melanocytes yang menghasilkan pigmen melanin.

Melanin membantu melindungi kulit anda dari sinaran ultraviolet. Pendedahan sinaran matahari menggalakkan melanocytes menghasilkan lebih banyak melanin.

Jeragat terbentuk daripada melanin pada lapisan luar kulit anda.

Kebanyakan orang yang mempunyai jeragat yang banyak ialah mereka yang mempunyai kulit yang cerah, walaubagaimanapun sesiapa sahaja boleh diserang jeragat.

Orang yang mempunyai kulit cerah menghasilkan melanin yang sedikit berbanding orang yang berkulit gelap, melanocytes mereka hasilkan lebih banyak melanin apabila terdedah dengan cahaya matahari.

Jika anda mempunyai masalah jeragat dan ingin hapuskannya, cuba salah satu tips di bawah yang sesuai dengan anda.

#1: Pelindung Matahari

Pelindung matahari atau “sunscreen” tidak menghapuskan jeragat anda, tetapi ia membantu elakkan jeragat degil yang baru.

American Academy Dermatology menyarankan tips seperti ini:

  1. Pelindung matahari perlu mempunyai SPF 30 atau lebih.
  2. Gunakan pelindung matahari 15 minit sebelum melakukan aktiviti luar.
  3. Gunakan semula pelindung matahari 2 jam sekali terutama selepas berenang atau berpeluh berlebihan.

#2: Cryosurgery

“Cryosurgery? apa tu? Bagi yang tak tahu cryosurgery tu apa, cryosurgery menggunakan cecair nitrogen yang sangat sejuk untuk membekukan dan menghapuskan sel kulit tidak normal.

Cryosurgery ialah prosudur yang selamat dan tidak membahayakan. Ia hanya memerlukan sedikit masa sahaja untuk pulih.

Antara kesan sampingan daripada cryosurgery ialah pendarahan, hipopigmentasi, dan melepuh. Cryosurgery jarang menyebabkan parut pada pesakit.

#3: Krim Topical Retinoid
 

Krim Retinoid ialah campuran Vitamin A. Ia digunakan untuk memperbaiki kulit rosak akibat matahari dan mencerahkan jeragat.

Menurut ulasan 2014, retinoid mungkin membantu proses photoprotection dengan menyerap radiasi ultraviolet B. Ia mungkin dapat mengelakkan jeragat yang baru muncul dari wajah anda.

#4: Rawatan Laser

Kaedah rawatan laser adalah dengan menggunakan denyutan berfokus, cahaya yang kuat yang fokus kepada kawasan kulit yang rosak.

Terdapat pelbagai jenis laser. Menurut kajian 2015, 1064 Q- Switched Nd YAG laser adalah paling berkesan untuk merawat jeragat.

Daripada kajian itu, rawatan laser dapat mencerahkan lebih 50 daripada 62 peratus peserta.

Rawatan laser selalunya selamat. Risiko parut adalah sangat rendah. Walaubagaimanapun antara kesan dari rawatan laser ialah:

  • kegatalan
  • bengkak
  • kemerahan
  • pengelupasan
  • jangkitan
  • warna kulit berubah

Selalunya ia mengambil dua minggu untuk pulih daripada rawatan laser. Selalunya anda perlu buat rawatan pada beberapa sesi untuk dapatkan keputusan yang diidamkan.

Bagi yang ada bajet lebih, Irna sangan rekemen, kerana selain dari ia berkesan dan cepat, yang paling penting ia selamat.

#5: Topical fading cream

Krim pemudar atau Fading Cream juga dikenali sebagai krim peluntur.

Banyak krim pemudar mengandungi hydroquinone, yang dapat menghalang pengeluaran melanin dan mencerahkan kawasan kulit yang gelap.

Krim ini mungkin akan menyebabkan

  1. keradangan
  2. kekeringan
  3. melepuh
  4. kulit berubah warna

Pada 1982, Food an Drug Administration (FDA) dianggap produk peluntur yang mengandungi 2 peratus hydroquinone ialah selamat.

Namun pada 2006, bukti baru kandungan hydrquinone mungkin penyebab kanser pada tikus dan menyebabkan kulit mengalami kegelapan dan kecacatan.

So, Irna tak cadangkan anda gunakan krim ini. Walaupun kajian ini masih belum muktamad, lebih baik kita elakkan dan cuba kaedah lain untuk hilangkan jeragat degil.

#6: Chemical Peel

Chemical peel atau pengelupasan kulit ialah dengan menggunakan campuran kimia untuk mengelupaskan kulit yang rosak.

Untuk menghapuskan jeragat, pengelupasan kulit yang sederhana menggunakanglycolic acid atau trichloroacetic acid untuk menembusi lapisan tengah kulit.

Apabila kulit yang rosak telah di hapuskan, kulit yang baru akan dihasilkan.

Pengelupasan kulit boleh menyebabkan kesan sementara:

  1. kepedihan
  2. pengelupasan
  3. kemerahan
  4. kerengsaan
  5. kebengkakan

Menurut American Society for Dermatologic Surgery, pengelupasan kulit yang sederhana mengambilmasa dua minggu untuk pulih dan perlu elakkan dari matahari sehingga kulit anda benar-benar pulih.

#7: Rawatan Semulajadi

Bagi yang mampunyai masalah jeragat yang tidak teruk, Irna cadangkan anda cuba rawatan semulajadi.

Kebanyakan rawatan semulajadi ini tidak memberi kesan bila digunakan.

Inilah antara rawatan semulajadi jeragat degil:

Jus lemon: Sapukan jus lemon terus pada muka anda dengan menggunakan kapas dan bilas. Jus lemon bukan sahaja dapat mengurangkan jeragat, tetapi dapat mencerahkan kulit.

Bawang: Sapukan bawang besar pada wajah anda, dan bilas menggunakan air suam. Bawang dapat membantu pengelupasan kulit dan mencerahan tompok hitam.

Yogurt: Gunakan yogurt asli (bukan yogurt untuk makan terus tu) dan sapukan pada wajah anda. Biarkan selama 5 minit. Yogurt juga mempunyai asid lactic.

Sour Cream: Sapukan sour cream pada wajah anda dan bilas dalam beberapa minit. Sour cream mempunyai laktik asid yang berpotensi mencerahkan keragat anda.

Buttermilk: Sapukan buttermilk terus pada kulit wajah anda. Selepas itu biarkan dalam 10 minit sebeum anda bilas menggunakan air suam.

Anda juga boleh buat mask dengan campurkan buttermilk dengan oatmeal. Sama dengan sour cream, buttermilk juga mengandungi laktik asid.

Jom Follow IG Irna Rashid

Kesimpulan

Jeragat adalah masalah biasa terutama kaum wanita kerana ia menjejaskan imej mereka.

Oleh itu ramai yang ingin mengapuskan jerawat degil atas sebab-sebab tertentu.

Rawatan seperti leser dan chemical peels sangat berkesan, tetapi ia mengambil masa untuk pulih dan mempunyai kesan sampingan yang agak serius.

Teruskan membaca: Hapuskan bintik hitam pada wajah anda