Keluarga bahagia dan gembira adalah idaman setiap keluarga. Siapa yang inginkan keluarga yang porak peranda, sering bergaduh dan tiada hubungan yang baik dalam setiap keluarga? Irna yakin tiada yang inginkannya.

Dengan meningkatkan kualiti kehidupan keluarga anda dapat membantu ahli keluarga anda lebih mesra dan menghalang konflik dari mendapatkan kebahagian semua orang.

Sebelum tu, Irna nak tanya. Adakah anda mempunyai gambaran ciri-ciri keluarga yang bahagia? Kalau tak, jangan berputus asa. Setiap masalah ada penyelesaiannya.

Mujurlah ada penyelesaian dan langkah yang berkesan untuk menjadikan masa anda bersama keluarga lebih bahagia dan ceria.

1. Hormati Apa Yang Dikatakan Oleh Ahli Keluarga

Apabila ahli keluarga anda memberikan pendapat, jangan ganggu atau bangkang sebelum mereka selesai bercakap. Anda pun mesti tidak suka bila percakapan kita di ganggukan.

Kekalkan komunikasi terbuka dan hormati pendapat ahli keluarga dapat meningkatkan kepercayaan dan ikatan keluarga anda. Keluarga bahagia sentiasa menjaga hati dan perasaan setiap ahli. Mereka akan berhati-hati apa yang ingin dikatakan oleh ahli keluarga.

Sebagai contoh, elakkan mengejek atau mengkritik pendapat ahli keluarga anda, tidak kira jika anda seorang ayah mengkritik pendapat anak.

Hormati pendapat mereka dan jika anda tidak bersetuju, cakap dengan baik seperti ini. “Saya rasa pendapat awak baik, tapi lebih menarik jika kita ………” Cara komunikasi seperti ini dapat mengelakkan ahli keluarga kita terasa hati dengan percakapan kita.

Recommended Reading:
   Tanda-Tanda Suami Anda Curang

2. Nikmati Antara Satu Sama Lain

 

Asas keluarga yang bahagia adalah mereka saling menyokong antara satu sama lain kata Rabbi Shmuley Boteach, Counselor dan hos The Learning Channel’s Shalom in the Home.

Katanya lagi, “Apabila ibu bapa pulang rumah anak-anak gembira melihatnya dan apabila anak-anak pulang, ibu bapa gembira melihat mereka”

3. Elakkan Kritikan

Beri kebenaran untuk setiap ahli keluarga meluahkan emosi tanpa mereka takut diberi kritikan oleh ahli keluarga yang lain. Manusia akan mengelak untuk berkongsi pendapat jika mereka menjangkakan orang lain akan berikan kritkan yang keras.

Jika anda ibu bapa, berikan kritikan yang positif dan konstruktif dan halang anak-anak anda berikan kritikan dan penilaian yang negatif antara ahli keluarga yang lain.

Ajar anak anda berikan kritikan yang positif. Daripada berkata, “Tidak, itu bukan cara untuk melakukannya,” sebaliknya anda perlu ajar anak anda berkata “Cubaan yang baik, tapi biar saya ajarkan lakukan dengan cara yang betul.”

Recommended Reading:
   Cara Orang Kaya Didik Anak

4. Jadi Pendengar Yang Baik

Jadilah pendengar yang baik sekiranya keluarga anda menceritakan sesuatu atau memberikan pendapat. Beri perhatian sepenuhnya supaya mereka tahu anda memberi perhatian sepenuhnya.

Buat eye contact, mengangguk kepala anda dan katakan “saya faham”. Hanya dengar percakapan mereka daripada anda berfikir selepas ni apa yang ingin dikatakan seterusnya.

Jangan beri nasihat atau pandangan sehingga ahli keluarga anda selesai bercakap. Apabila perlu, minta penjelasan. Katakanlah, “tunggu apa maksud kamu dengan itu?” atau “Kenapa begitu?”

Menjadi pendengar yang baik bermakna anda bercakap tanpa telefon di tangan. Jauhkan dari membaca mesej atau media sosial semasa anda berbual bersama ahli keluarga.

5. Utamakan Keluarga Berbanding Kawan

Keluarga bahagia akan mengutamakan keluarga berbanding dengan rakan. Ramai anak-anak sekarang lebih mementingkan rakan-rakan berbanding keluarga mereka.

Ibu bapa seharusnya berikan peraturan kepada anak-anak tanpa terlalu mengongkong mereka. Ibu bapa perlu ingat, anak-anak juga perlukan rakan-rakan untuk bersosial.

Apabila anak-anak mula bosan di rumah, mereka akan mencari keseronokan di luar dan menjadikan rakan-rakan mereka menjadi sangat penting.

6. Berikan Cinta Dan Penghargaan Secara Berterusan

Sentiasa berikan kasih sayang adalah asas untuk jadikan keluarga bahagia. Dengan mengatakan “minta tolong” atau “terima kasih” sudah menunjukkan anda berikan kasih sayang kepada keluarga anda.

Berikan pelukan kepada ibu bapa anda dan ucapkan “saya hargai mak dan ayah” dapat berikan impak yang besar.

Jika ahli keluarga anda sedang buat kerja rumah, dan anda lihat gelasnya kosong, tanyakan pada mereka, “Nak saya tanbahkan air?

Recommended Reading:
   Cara Proven Pikat Suami

7. Adakan Mesyuarat Mingguan Keluarga

Mesyuarat yang Irna maksudkan bukanlah perbincangan yang berat-berat atau formal. Anda boleh buat secara santai dan tidak perlu fokus kepada topik-topik berat.

Tutup TV dan matikan telefon, luangkan masa bersama dalam satu jam atau lebih. Bercakaplah mengenai minggu lepas, peristiwa akan datang dan perkara – perkara yang boleh meningkatkan kualiti hidup.

Galakkan setiap ahli keluarga bercakap secara bebas dan santai. Elakkan kritikan yang boleh menyebabkan ahli keluarga takut untuk bersuara.

Tanya soalan seperti, Apakah perkara yang sangat best berlaku minggu ini?.

Lakukan yang terbaik, untuk memastikan semua mengambil bahagian. Ia mungkin sukar untuk anak kecil dan remaja terlibat secara aktif, tetapi anda boleh cuba untuk mengekalkan perbualan dengan mereka.

8. Jangan Bergaduh Dihadapan Anak

 

Pergaduhan antara suami isteri memang sukar dielakkan. Bak kata P. Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan suami isteri. Tetapi anda perlu berhati-hati, jangan bergaduh di hadapan anak anda. Ia akan meninggalkan kesan kepada si anak.

Antara perkara negatif jika anda bergaduh depan anak adalah anak kurang keyakinan diri, tingkah laku negatif, selalu memandam perasaan dan kurang keyakinan diri.

Jika anak anda lihat anda berdua bergaduh, minta maaf padanya dan katakan, “kami minta maaf, papa dan mama tak bersetuju tentang perkara ini,” tapi semuanya OK sekarang.

9. Makan Bersama Keluarga Sekerap Yang Boleh

Keluarga bahagia akan mewajibkan sentiasa makan bersama. Tetapi untuk keluarga yang sibuk seperti ibu bapa bekerja dan anak yang mempunyai aktiviti sekolah, sukar untuk sarapan, dan makan malam bersama setiap hari.

Walaubagaimanapun buat yang terbaik, dapatkan masa untuk makan bersama. Jadikan makan bersama sebagai rutin dan ia dapat membantu anda sentiasa bersama.

Jika seseorang ahli keluarga anda lewat pulang ke rumah, duduk bersamanya semasa mereka makan, walaupun anda sudah makan. Luang masa bersama dan berbual bersama untuk eratkan hubungan.

10. Lakukan Kerja Rumah Bersama-Sama

Tak ramai orang suka untuk lakukan kerja-kerja rumah. Tetapi dengan bergotong-royong bersama keluarga dapat berkongsi tanggungjawab dan eratkan hubungan keluarga. Cuba lakukan kerja rumah bersama dengan gembira contohnya dengan mainkan muzik dan adakan pertandingan.

Sebagai contoh , sesiapa yang dapat lipat baju dengan pantas dan kemas dapat pilih movie yang mereka sukai untuk ditonton di panggung wayang.

Bahagikan tugas mengikut umur yang sesuai. Selepas makan malam, anak bongsu ditugaskan untuk mengelap meja, yang sulung boleh mencuci pinggan mangkuk, dan anda boleh membuang sisa makanan.

11. Rendahkan Suara Anda

Ingat anak-anak berkembang dengan stabil. “Harus ada persekitaran yang tenang di rumah,” kata Botech. “Sentiasa bercakap dengan anak-anak anda, dan berikan peraturan yang ketat, hukum anak jika perlu, tetapi jangan hilang kawalan sehingga menjerit  kepada anak.

Jika anda menjerit kepada anak, ia menunjukkan anda tidak terkawal dan membuatkan persekitaran yang tidak tenang.”

12. Berkomunikasi Dengan Jelas Dan Terus Terang Untuk Selesaikan Masalah

Elakkan menjadi pasif-agresif dan sarkastik ketika menangani konflik. Luahkan semua perkara yang anda fikirkan, dan ajak ahli keluarga anda lakukan perkara yang sama.

Sebagai contoh, tidak membuang sampah, jangan terus menjerit dan tengking anak anda. Apa yang anda perlukan katakan adalah seperti, “Mama kecewa kamu tak buang sampah pada minggu ini. Mama akan potong elaun kamu jika perkara ni berulang.

Recommended Reading:
   Cara Kesan Suami Menipu Anda

13. Jangan Terlebih Kerja

Kerja amat penting untuk berikan nafkah kepada keluarga. Tapi jika terlebih kerja akan berikan kesan negatif kepada keluarga dan keluarga membosankan. “Jika anda sentiasa sibuk sepanjang masa dan abaikan anak-anak anda, anak-anak anda akan rasa dirinya tidak penting.” kata Boteach.

Mereka akan mula berasa tidak bernilai dan perkara-perkara negatif yang lain.

14. Kekalkan Rutin Harian Dan Mingguan

Jadikan sesuatu perkara rutin itu mengikut jadual seperti tidur, makan dan aktiviti keluarga. Rutin dan ritual membantu mewujudkan persekitaran yang stabil dan selesa.

Disamping meningkatkan komunikasi antara ahli keluarga, mesyuarat keluarga boleh menjadi sebahagian utama rutin keluarga anda.

15. Sambut Hari Lahir Dan Adakan Percutian Tahunan Sebagai Tradisi Keluarga

Anda tidak perlu perkara yang sama untuk sambutan kelahiran dan percutian keluarga.

Contohnya, anda boleh ke restoran kegemaran keluarga anda atau lakukan aktiviti yang mereka sukai pada hari kelahirannya. Anda harus lakukan tradisi ini setiap tahun tapi anda boleh pelbagai aktivitinya.

Kesimpulan

Irna faham bukan mudah nak buat perkara ni sekaligus. Tapi sekurang-kurangnya anda cuba satu daripada satu tips yang Irna share. Irna pasti anda pasti akan terkejut dengan hasilnya.

Inilah antara caranya untuk mendapatkan keluarga yang bahagia. Jika anda ingin ubah keluarga anda daripada keluarga yang tidak bahagia kepada bahgia, Anda perlu lakukan perkara ini. Pertama hormati apa yang dikatakan oleh ahli keluarga, jangan mengkritik ahli keluarga anda jika mereka memberikan pandangan, dengar dan hayati apa yang mereka perkatakan.

Kedua, nikmati antara satu sama lain, bermaksud saling menyokong antara satu sama lain. Keluarga bahagia sentisa gembira bila bertemu antara satu sama yang lain.

Ketiga anda perlu elakkan mengkritik secara negatif kepada ahli keluarga anda. Kritikan negatif berikan impak negatif pada anak anda seperti kurang keyakinan diri dan tidak berani untuk memberikan pendapat.

Seterusnya jadilah pendengar yang baik, beri perhatian sepenuhnya jika ahli keluarga anda sedang bercakap dengan anda. Jangan sibuk dengan TV dan telefon semasa mereka sedang bercakap.

Kelima, utamakan keluarga berbanding kawan-kawan anda. Bukan tidak boleh berkawan, tapi utamakan keluarga selepas itu baru kawan anda. Ramai anak-anak zaman sekarang lebih mementingkan kawan-kawan berbanding ibu bapa.

Barikan kasih sayang dan penghargaan berterusan. Dengan berkata “terima kasih” dan “minta tolong” sahaja sudah menunjukkan kasih sayang pada keluarga anda.

Ketujuh, adakan mesyuarat mingguan keluarga. Tujuan utama adakan mesyuarat ini adalah untuk berkongsi dan meluahkan pandangan bersama ahli keluarga yang lain. Galakkan setiap ahli keluarga bercakap secara bebas dan santai. Jangan kritik supaya mereka yakin luahkan pendapat mereka.

Antara perkara yang ibu bapa terlepas pandang ialah bergaduh di hadapan anak. Elakkan pergaduhan di depan anak-anak. Jika anak-anak terlihat pergaduhan tersebut segera minta maaf pada mereka. Bergaduh di hadapan anak memberikan kesan buruk kepada anak.

Kesembilan adalah perkara mudah yang boleh dilakukan untuk dapatkan keluarga yang bahagia. Jika anda tidak mempunyai masa makan bersama keluarga, anda berada jauh untuk mempunyai keluarga bahagia. Cari masa untuk makan masa walaupun anda sibuk.

Jika ada ahli keluarga lewat pulang, teman mereka makan walaupun anda sudah selesai makan. Apa yang penting anda bersama mereka dan bersembang bersama.

Lakukan kerja rumah bersama-sama adalah perkara yang sihat dilakukan bersama ahli keluarga. Ia bukan sahaja dapat eratkan hubungan bersama keluarga, malah menyihatkan badan.

Kesebelas, jangan menjerit dan rendahkan suara anda. Kekalkan persekitaran tenang di rumah anda. Barikan peraturan ketat pada anak anda dan hukum anak jika perlu. Tapi jangan keterlaluan seperti menjerit dan memukul. Cukup sekadar teguran yang tegas.

Keduabelas, Berkomunikasi dengan jelas dan terus terang untuk selesaikan masalah. Ketika tangani konflik elakkan menjadi seorang pasif egresif dan sarkastik. Luahkan segala yang difikirkan dan ajak ahli keluarga anda lakukan perkara yang sama.

Kerja sangat penting terutama bagi ketua keluarga untuk memberi nafkah. Malah keluarga boleh berlaku pergolakan jika ketua keluarga tiada perkerjaan kerana tidak mampu menyara keluarga.

Tetapi jika terlebih kerja juga mendatangkan masalah kerana anda tiada masa bersama keluarga, tidak sempat untuk bantu menyelesaikan kerja rumah anak dan perkara-perkara negatif yang lain.

Seterusnya, kekalkan rutin harian dan mingguan mengikut jadual yang ditetapkan seperti masa tidur, makan dan aktiviti rutin keluarga. Ia membantu mewujudkan persekitaran yang stabil dan bebas.

Akhir sekali sambut hari lahir dan adakan percutian tahunan sebagai tradisi keluarga. Ini ialah antara perkara wajib anda perlu buat. Ia mudah dan tidak perlu kos yang tinggi.

Anda tidak beli kek setiap tahun atau bercuti tempat yang mahal. Anda boleh bawa ahli keluarga makan tempat yang disukai ataupun aktiviti yang disukai oleh ahli keluarga seperti menonton wayang, hiking, berenang dan aktiviti-aktiviti lain.

Ok, Inilah dia 15 tips yang anda boleh dapatkan keluarga bahagia. Irna harap anda cuba tips ni, memang susah untuk mulakan, tapi jika anda sudah mulakan ia tidaklah susah mana.

Anda perlu ingat, keluarga sangat penting, walaupun kita mempunya ramai kawan sekalipun, jika kita ditimpa masalah besar, kita akan kembali kepada kita dan keluarga sahaja yang dapat menolong kita tak kira besar mana masalah tu. Kawan-kawan anda mungkin dah hilang entah ke mana.

Kawan boleh dicari, tapi keluarga tak dapat ditukar ganti.Walaupun anda mempunyai wang dan harta sebanyak mana pun, tapi keluarga anda masalah atau bergolak anda tidak akan gembira. Keluarga adalah aset terbesar dan tidak ternilai.

Jika anda tidak penah meluangkan masa dengan anak anda, cuba luangkan masa bersama mereka, main bersama mereka, makan bersama, berbual bersama. Irna yakin anda lebih gembira dari sebelum ni.

Jika anda dah lama tidak melawat ibu bapa anda, mungkin masalah harta pusaka atau salah faham. Lupakanlah semua tu, balik ke kampung dan mohon maaf kepada mereka. Irna yakin ibu bapa anda dah lama maafkan anda. Ibu bapa mana yang tak sayangkan anak. Cuma mereka ada ego, takkan mereka nak jumpa anda dulu. Buang ego anda dan segera ambil tindakan sebeum terlambat.

Irna haram apa yang Irna share ni dapat bantu anda dapat jadikan keluarga anda bahagia dan ceria. Kalau dah habis baca taip komen “SAYA NAK KELUARGA BAHAGIA”.