Hari ni Irna nak share, Apakah akan terjadi jika anda Menjerit pada Anak anda.

Mesti ada diantara kita pernah menjerit kepada anak-anak kita, yelah dlu pun Irna pernah juga jerit pada anak. Dalam hati ni dah bertekad tak nak jerit pada anak-anak, tapi bila anak meragam dan tak dengar cakap, mulalah kita nak jerit pada anak.

Tapi, tahukah anda menjerit ialah perkara yang patut dielakkan terutama pada anak-anak.

Menurut Maria Catila, anda hanya perlu menjerit bila anak anda dalam bahaya, contohnya jika anak anda tiba-tiba meluru untuk melintas jalan dan main peralatan elektrik yang boleh bahayakan anak anda.

Haa… kalau kes begini sahaja anda bole menjerit pada anak-anak.

Ok, inilah yang akan terjadi jika anda terus menjerit pada anak anda.

1.  Anak Anda Tidak Serius Sehingga Anda Menjerit.

Selalu kita menjerit pada anak dengan harapan anak akan patuh arahan tanpa perlu menjerit selepas itu.

Sebenarnya, apa yang anda ajar pada anak anda ialah, anak anda tdak akan serius sehingga anda menjerit.

2. Menjerit Bukan Komunikasi Yang Efektif

Kadang-kadang kita menjerit supaya anak kita betul-betul faham dan dengar bila kita bercakap dengan kuat.

Anda tahu tak? IA TAK BENAR.

Kata Dr Deema Sihweil, Mesej tidak sampai kepada kanak-kanak, remaja dan orang dewasa kerana mereka Pertahankan Diri mereka.

Anda tak percaya? Cuba ingat balik reaksi anak anda jika anda jerit kepadanya.

3. Menjerit Akan Musnahkan Kepercayaan.

Jika terus menerus anda menakutkan anak anada akan memusnahkan kepercayaan anak pada anda.

Dr Laura Mankhan mencadangkan dengan cara berbeza.

Gunakan unsur jenaka atau beri amaran yang tenang (tanpa marah dan jerit) untuk mengemas mainan mereka.

“Tapi saya dah cuba, tapi tak berjaya.”

Sabar, berapa lama anda dah jerit pada anak anda? Setahun, 2 tahun, atau 5 tahun? Anda tak boleh harapkan ia berlaku sekelip mata.

Kanak-kanak ambil masa untuk berubah.  Tapi Irna cadangkan anda lakukan selama 44 hari secara konsisten.

Insyaallah, anda akan nampak perubahan positif pada anak anda.