Rawatan muka di salon biasanya mengambil masa 45 hingga 60 minit dan mereka letak pelbagai bahan bahan kimia di muka anda.

Hari ini Irna nak share tips untuk dapatkan muka flawless tanpa perlu pergi ke salon dan yang paling penting hanya 15 MINIT!!!

“Biaq btui Irna? tak kan 15 minit je?”

Haaa…ni nak habaq mai. Sebelum tu anda kena sediakan ini.

  • Gel Aloe Vera
  • Lemon
  1. Ambil gel aloe vera dan letakkan di telapak tangan anda.
  2. Selepas itu tekan kepingan lemon ke gel aloe vera.
  3. Sapukan wajah anda dengan kepingan lemon tadi, semasa menyapu pada muka, perah lemon tersebut supaya ia mengeluarkan jus.
  4. Biarkan selama 5 minit.
  5. Kemudian basuh muka anda dengain air.
  6. Sebaik-baiknya lakukan pada waktu malam.
  7. Jika anda ingin lakukan pada waktu siang, pastikan anda tidak terdedah pada pancaran matahari beberapa jam selepas lakukan facial tersebut.

Amacam…senangkan. Saya rekemen anda lakukan facial ini kerana hasilnya memang power. Anda pasti dapat muka flawless dan glowing. Insyaallah.