Pikat suami, itu yang anda sering fikirkan dan pening apa langkah yang betul yang perlu dilakukan. Tiba-tiba suami anda datang dekat pada anda.

Dia tunjukkan pandangan yang nakal, dan tarik anda ke pelukannya, membuatkan anda rasa diperlukan. Perlahan-lahan suami anda cium leher anda dan tiba-tiba telefon berbunyi.

Kemudian anda terjaga, baru anda sedar yang itu adalah mimpi. Hmm. sedihkan. huhu.

Setiap hari anda buat kerja rutin anda, sediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Sementara itu, suami siap sedia untuk ke pejabat selepas berikan anda ciuman didahi.

Itu sahaja. Itulah satu-satunya perkara romantik yang dilakukan oleh suami anda untuk hari itu.

Setelah beberapa tahun bergelar suami isteri, dengan tanggungjawab dan anak-anak untuk dijaga, hubungan mesra anda bersama suami tidak lagi dianggap penting.

Betul tak isteri-isteri sekalian?

Tarikan adalah perkara yang sangat penting dalam hubungan jangka masa panjang.

Perkahwinan akan dapat tempoh yang lebih panjang dan lebih bahagia apabila pasangan suami isteri tertarik antara satu sama lain.

Tetapi sukar untuk mengekalkan daya tarikan, kerana tanggungjawab anda berdua semakin meningkat lagi-lagi nak pikat suami.

Tetapi itu bukanlah alasan untuk anda tidak jaga daya tarikan anda.

Beri perhatian pada fizikal, kembangkan emosi anda untuk memastikan suami anda tertarik kepada anda sekaligus dan pikat suami anda.

Ok, Irna nak share 15 cara simple dan berkesan untuk pikat suami anda.

Baca dan amalkan tau. Bukan baca sahaja. Ingat Fast Action Fast Result.

1. Jaga Penampilan

Banyak aspek penampilan yang kita tidak boleh kawal. Tapi bukan semuanya.

Sebenarnya banyak aspek penampilan yang kita boleh jaga untuk pikat suami, dan ramai isteri diluar sana tidak ambil berat tentang hal ini contohnya sentiasa kemas, bersih, dan ambil perhatian penampilan untuk anda pikat suami anda dengan lebih berkesan. Ia lebih baik daripada anda lakuan perubahan yang drastik.

Pastikan anda lakukan perkara ini. Sangat wajib ye:

  • Berus gigi dua kali sehari
  • Mandi dua kali sehari
  • Sentiasa cukur rambut dan bulu-bulu yang tidak berkenaan (Sangat Penting)
  • Rambut sentiasa disikat dan kemas

Recommended Reading:
   Tanda-Tanda Suami Anda Curang

2. Pakai Pakaian Merah

Lelaki lebih tetarik kepada wanita yang pakai baju merah berbanding warna lain. Bak kata orang “Merah Buat Abang Marah”. Merah membangkitkan perasaan dan emosi yang ghairah.

Kalau boleh pakai pakaian dalam berwarna merah atau baju tidur merah untuk dapatkan lebih perhatian suami.

Setiap lelaki mempunyai selera yang berbeza terhadap wanita, Ada lelaki yang suka wanita nampak simple dan natural, manakala ada juga suka wanita yang ber”makeup”

Menurut pakar daripada University Manchaster, dengan menggunakan lipstick merah dapat menarik perhatian orang terutama lelaki.

Dalam kajian mereka, lelaki akan memandang wanita menggunakan lipstick merah selama 7.3 saat berbanding 2.2 saat pada mereka yang tidak mengenakan gincu.

3. Sentiasa Sihat Dan Fit

Ada orang kata semakin usia kita meningkat, berat badan kita akan meningkat. Salah tanggapan macam tu. Usia tidak tidak berikan kesan ke atas badan anda.

Anda tidak perlu fit seperti supermodel untuk pikat suami anda, tapi cukuplah dengan menjaga pemakanan dengan mengamalkan diet yang sihat dan bersenam 3 kali seminggu untuk mengekalkan bentuk tubuh dan paling pening kesihatan.

Bagi anda yang tidak tahu cara senaman yang betul cuba baca di sini dariada Kevin Zahari, pakar nutrisi dan trainer.

  • Dengan mengekalkan kesihatan dan bentuk badan akan membantu anda lebih berkeyakinan. Keyakinan diri ialah daya tarikan yang sangat kualiti.
  • Jangan bertindak terlalu drastik untuk dapatkan bentuk badan yang cantik. Pengalaman Irna selalunya perkara yang kita lakukan terlalu extrem tak berpanjangan dan konsisten. Cukuplah sekadar berjalan pantas selama 20 minit dan kurangkan portion makanan dan makanan tinggi kalori.

4. Sentiasa Senyum

Senyum adalah perkara yang paling mudah dan sangat berkesan untuk pikat suami. Tapi ramai isteri-isteri yang tak ambil berat tentang ni.

Bila anda senyum anda kelihatan mesra, menyenangkan dan gembira, dan ini adalah kunci utama untuk membuatkan suami anda rasa tertarik dengan anda.

Kajian dari Universiti of Kansas psychological scientists Tara Kraft dan Sarah Pressman pada tahun 2012 memperlahankan kadar degupan jantung anda yang boleh menenangkan anda.

Selain itu bila anda senyum anda dapat meningkatkan produktiviti, mood yang lebih baik, menghilangkan penyakit dan menjadikan anda lebih kretif.

Cuba bayangkan anda ada semua ciri-ciri di atas. Agak-agak suami anda akan terpikat tak? Sudah tentu ya.

Lagi satu sebab kenapa anda kena sentiasa senyum. Sebab ianya PERCUMA.

Kadang-kadang kita sibuk dengan perkara-perkara seperti makeover, dressing power dan macam-macam lagi. Tapi kita lupa perkara yang paling mudah seperti senyum.

5. Berikan Ciuman 10 Saat Sehari

Ciuman juga adalah perkara yang senang dilakukan, tetapi ramai yang tidak manfaatkannya.

Ciuman dapat melepaskan endorfin dan membolehkan pasangan kuatkan daya tarikan meraka.

Pastikan anda meluangkan masa untuk cium suami anda sekurang-kurangnya 10 saat sehari.

Anda akan berasa lebih dekat, lebih puas, dan lebih bahagia antara satu sama lain.

Menurut Dr. Mercola, “ciuman adalah sifat unik manusia yang dikatakan sebagai cara untuk menyampaikan kuman dari  orang ke orang lain.” Ciuman dapat mengurangkan tekanan darah, melegakan sakit kepala, melawan kaviti, melepaskan hormon gembira, membakar lemak, meningkatkan keyakinan, tone otot muka dan dapat kenal pasti keserasian anda dengan suami.

6. Fokus Kualiti Bukan Kuantiti Untuk Seks

Hubungan intim suami isteri semakin berkurang dari masa ke masa adalah normal terutamanaya jika anda telah mempunyai anak.

Tetapi, anda perlu beri tumpuan kepada hubungan intim anda. Jangan biarkan ia terus hambar.

Anda perlu bercakap dengan diri sendiri bahawa lebih baik seks yang baik dan berkualiti daripada seks yang buruk.

7. Sentiasa Berhubung

Jangan melayan suami anda secara sambil lewa. Gunakan masa sebaiknya bersama suami anda.

Buat jadual aktiviti supaya hari anda bersamanya lebih bermakna dan berkualiti.

Telefon suami anda, whatapp dan video call sekurang-kurangnya sekali sehari untuk menunjukkan suami anda sering di fikiran anda. Tapi jangan terlalu kerap, takut-takut menggangu suami anda.

8. Tanyakan Soalan Tentang Dirinya

Sentiasa mengambil sikap ingin tahu tentang suami ada adalah kunci untuk menghidupkan hubungan perkahwinan anda.

Jangan anggap seperti suami anda boleh diramal atau seorang yang membosankan. Beritahu diri sendiri banyak lagi perkara yang anda perlu tahu atau kenal tentang suami anda.

Minta suami anda ceritakan tentang zaman kanak-kanaknya, emosi, dan pengalamannya untuk menghidupkan semla hubungan dan daya tarikan anda dan suami.

9. Bercakap Tentang Perasaan Anda

Jangan biarkan emosi anda menjadi rahsia daripada suami anda. Beritahu apa yang anda fikir dan rasa.

Jangan malu jika anda perlukan sokongan daripada suami anda. Menurut John Gray, testoteron lelaki akan meningkat jika pasangannya meminta bantuan daripadanya. Mereka akan rasa diri mereka diperlukan jika isteri minta bantuan daripadanya.

Jujur terhadap diri anda, dan sentiasa ingat dengan berkongsi emosi dan perasan anda ialah perkara penting untuk pikat suami.

10. Ketawa Bersama

Apabila umur kita smakin meningkat, kita mula menjadikan hidup kita lebih serius berbanding semasa kita kanak-kanak dan remaja.

Jadi seoarang serius bila diperlukan contohnya seperti buat kerja, buat assignment dan buat laporan yang penting.

Tapi pastikan anda masih boleh ketawa dan pastikan suami anda tahu anda masih boleh ketawa.

Antara perkara yang anda boleh lakukan untuk hidupkan suasana humor dan gelak ketawa dalam hubungan anda ialah:

  • Tengok wayang cerita komedi
  • Pergi ke LIVE Show, contohnya, Maharaja Lawak
  • Kadang-kadang buat perkara bodoh yang boleh buat suami ketawa
  • Langgan movie komedi

11. Tunjukkan Daya Tarikan Anda Kepada Suami Anda

Tunjukkan yang anda masih tertarik kepada suami anda. Suami anda juga akan buat perkara yang sama kepada anda.

Perkara yang boleh lakukan untuk tunjukkan yang anda tertarik kepada suami anda dengan:

  • Beritahu suami anda betapa anda cinta dan sayang kepadanya
  • Peluk dia
  • Buat eye contact
  • Puji penampilan personalitinya
  • Mulakan seks

12. Selesaikan Konflik Dengan Cepat

Jangan biarkan masalah anda berdua berterusan. Bercakap dan berbincang berkenaan konflik tersebut.

Jika anda rasakan suami anda semakin jauh daripada anda, pergi kepadanya dan duduk berbincang bersamanya.

Apabila semua masalah dan krisis telah dibincang dengan terbuka, Anda berdua akan tahu cara untuk memulihkan keadaan bersama-sama.

  • Anda perlu faham, masalah dalam hubungan perkahwinan mungkin tiada kaitan dengan anda. Jika suami merasakan anda tidak lagi menarik, mungkin suami anda ada masalah kesihatan atau mungkin ada sesuatu berlaku berkenaan emosi dan psikologinya yang anda tidak boleh mengawalnya.

Recommended Reading:

  Cara Ketahui Suami Menipu Isteri

13. Sentiasa Cipta Pengalaman Baru Bersama Suami

Dalam kajian menunjukkan hubungan suami isteri akan lebih bahagia apabila kedua-dua melakukan aktiviti bersama-sama.

Alami aktiviti baru bersama-sama seperti tempat dan makanan yang menarik dapat mengukuhkan hubungan antara suami isteri.

Antara perkara yang menarik yang boleh dilakukan bersama untuk pikat suami ialah:

  • Hiking
  • Pergi ke tempat baru
  • Tonton Wayang
  • Makan di Hotel

14. Sentuhan

Sentuhan yang positif adalah penting untuk pikat suami dan mengekalkan hubungan suami isteri.

Pastikan sentuhan ini dilakukan menjadi rutin anda setiap hari. Tapi bukan sekadar untuk melakukan hubungan intim sahaja ye.

Sebagai contoh anda boleh:

  • Belai leher suami anda
  • Cabut uban semasa anda menonton tv bersama
  • Pegang tangan semasa berjalan-jalan
  • Jika dia sakit belakang, tawarkan diri untuk urut belakangnya.

15. Tingkatkan Kretiviti Hubungan Intim

Ok, ini tips  yang terakhir dan sangat penting. Ramai pasangan suami isteri selalu abaikan perkara ini.

Pastikan kehidupan seks anda tidak sama atau rutin. Tanya kepada suami anda apakah keinginan seksualnya. Jangan malu! Mungkin suami anda inginkan cara lain tapi malu nak beritahu anda.

Beritahu juga keinginan anda, dan ceritakan tentangnya. Sokong keinginan seksual bersama.

Jika anda berat untuk bertanya atau cerita keinginan anda. Mungkin anda boleh lakukan di atas katil, antanya iaah:

  • Cuba posisi  baru
  • Bermalam di hotel
  • Hantar anak ke pusat penjaggan supaya anda tak bimbang diganggu.
  • Urut antara satu sama lain
  • Pakai baju tidur baru.

Kesimpulan

Tahniah kepada yang baca sampai habis tips ni. Maknanya anda betul-betul konsisten dan pulihkan hubungan suami isteri selain dari pikat suami.

Keharmonian rumah tangga sangat penting jika anda inginkan hubungan suami isteri anda kekal lama.

Untuk mengekalkan keharmonian hubungan anda berdua, ia perlukan tindakan yang berterusan dari anda berdua. Jika suami anda tidak bertindak, anda perlu lakukan sesuatu sebelum hubungan suami isteri semakin teruk.

Pikat suami perlu dilakukan dengan konsisten sama ada hubungan anda baik dan buruk.

Jadikan ia sebagai rutin harian anda, dan jangan terkejut selepas ini suami anda akan lakukan perkara yang sama kepada anda, mungkin lebih baik.

Ok, Irna rumuskan semula apa yang perlu anda lakukan. Pertama, sangat penting untuk Jaga Penampilan anda. Jangan sampai suami anda tidak nampak daya tarik anda. Perkara ini adalah paling asas untuk pikat suami.

Pastikan anda jaga kebersihan, penampilan dan imej anda.

Kedua anda perlu tarik perhatian suami anda dengan pakai pakaian warna merah. Warna merah sangat tertarik dengan wanita mengenakan pakaian dan lipstik berwarna merah.

Anda juga perlu sentiasa sihat dan fit. Kalau badan tak sihat dan badan banyak spare tayar macam mana nak pikat suami? Betul tak?

Keempat. anda kena sentiasa senyum, senyumkan sedekah, senyum juga ialah satu cara untuk kekal muda. Macam mana nak pikat suami jika senyum pun susah bagi anda.

Berikan ciuman 10 saat sehari. Mudah sahajakan. Buka 10 minit tapi 10 saat sahaja. Tips ni wajib anda buat jika anda serius nak pikat suami.

Keenam andak kena fokus pada kualiti hubungan intim, bukannya kuantiti. Berikan terbaik untuk suami anda.

Ketujuh, anda perlu sentiasa berhubung, telefon dan whatapp kepadanya. Sekali sehari sudah memadai.

Anda perlu tanya soalan tentang dirinya seperti zaman kanak-kanak, emosi dan pengalamnnya. Jangan anggap suami anda membosankan.

Anda juga perlu bercakap tentang diri anda. Jangan biarkan emosi dan perassan anda menjadi rahsia. Ceritakan perasaan anda, suami sangat gembira bila ia diberi sesuatu untuk diselesaikan.

Kesepuluh anda kena ketawa bersama. Tengok cerita lawak dan buat perkara lawak dan bodoh pun boleh buat ketawa.

Tunjukkan daya tarikan anda seperti memulakan hubungan seks, peluk dia dan beritahu dia yang anda sangat sayang padanya sangat penting dalam proses untuk pikat suami.

Jika anda ada isu atau masalah dengan suami anda selesaikan dengan segera sebelum menjadi barah.

Pergi ke tempat baru atingkatkan kreativiti tau tempat yang tidak pernah anda berdua pergi seperti hiking dan makan di hotel boleh mencipta pengalaman baru bersama suami.

Keempatbelas anda perlu sentiasa melakukan sentuhan kepada suami anda, belai lehernya atau urut belakangnya. Jadikan ini sebagai rutin

Dan yang akhir sekali, tingkatkan kreativiti hubungan intim seperti mencuba posisi baru dan pakai pakaian tidur sexy yang baru.