Apakah tanda suami tidak hormat isteri?

Apakah yang menyebabkan suami mementingkan diri sendiri dan tidak menghormati anda?

Bagaimana cara yang efektif untuk mengatasi masalah suai yang mementingan diri sendiri dan tak menghormati anda?

Apakah faktor yang menyebabkan sesetengah lelaki tidak menghormati anda?

Sesetengah lelaki berubah menjadi lelaki yang tak menghormati pasangannya selepas bulan madu berakhir.

Ada juga yang berubah selepas beberapa tahun.

Irna nak share tanda-tanda suami tidak hormat isteri dan sebab-sebab mereka menjadi begitu.

Apakah punca tanda-tanda suami tidak menghormati isteri?

Tanda-tanda hubungan toksik termasuklah tidak menghormati pasangan.

Hubungan toksik selalunya akan bertambah teruk seperti anda minum sedikit racun setiap hari.

Kadang-kadang kita menjadi biasa dengan racun yang diminum sehingga kita tidak lagi sedar.

Oleh itu, kita sentiasa tidak dihormati oleh pasangan dan kita terbiasa dengan keadaan itu.

Kita perlu liha semula diri kita dan pasangan kita jika inginkan jalan penyelesaian.

Tanda-tanda suami tidak hormat isteri:

  • tak ambil peduli perasaan anda,
  • tak hargai masa anda,
  • tak peduli kegembiraan anda,
  • merendahkan anda,
  • cakap perkara tidak baik pada orang lain,
  • suami anda biarkan keluarganya tidak hormat pada anda tanpa menyebelah pada anda.

Jika suami anda mempunya tingkah laku seperti di atas, mungkin si dia benci dan tidak suka pada anda.

Suami yang mementingkan diri sendiri

Kenapa si dia jadi begitu

Orang yang bersikap mementingkan diri kerana apa yang mereka belajar dari kecil.

Mereka mungkin mempunyai ibu bapa yang tiada peraturan dan standard.

Mereka dibenarkan buat apa sahaja mereka mahu – tidak perlu buat kerja rumah, tiada masa tidur dan tidak perlu beritahu ibu bapa jika pulang rumah lewat.

Orang yang mementingkan diri hanya perlukan anda apabila perlu. Ia hanya pentingkan apa yang dia dapat.

Contohnya, hbungan seks untuk lelaki yang mementingkan diri sendiri adalah untuk mencapai orgasm.

Ada juga lelaki yang:

  • sentiasa yang memetingkan diri dan fokus pada diri sendiri sahaja.
  • tidak hormat pada isteri sejak hari pertama berkahwin. kerana
  • mereka fikir mereka perlu buat begitu.

Mereka telah dilatih untuk mempercayai.

Suami yang tidak hormat isteri telah dilatih untuk percaya bahawa dunia berputar disekelilingnya.

Sesiapa yang tidak melakukan perkara yang sepatutnya adalah orang yang tidak adil dan tidak patut baginya.

Jika suami anda seperti itu, dia mungkin tidak mempunyai sifat empati kepada anda dan tidak faham kenapa anda bersedih.

Jika anda marah atau komplain tentangnya, ia akan melihat andalah masalahnya bukannya tingkah lakunya.

Pasangan yang mementingkan diri tidak akan menghormati sesiapa, tetapi akan hormati seseorang bila perlu.

Suami yang memanipulasi

Kenapa dia menjadi begitu

Lelaki seperti ini mempunyai ibu bapa atau hubungan sebelum yang mempunyai standard dan peraturan tetapi tidak melaksanakannya.

Orang yang mempunyai standard yang tinggi tetapi tidak mempunyai sempadan sangat tahu apa yang mereka harapkan.

Tetapi apabila seseorang tidak menapati standard mereka, dia akan komplain tentangnya.

Mereka belajar dari ibu bapa mereka dimana mereka boleh lakukan apa sahaja yang boleh dengan usaha yang sedikit. Jadi mereka:

  • berbohong untuk mengelakkan konflik dan mengambil sesuatu darinya.
  • sangat pandai memujuk orang dan menakutkan orang lain
  • selalunya akan berkahwin dengan pasangan yang sangat bergantung padana supaya mereka takut kehilangannya.

Kenapa konflik tidak mengganggu suami jenis ini

Tidak menghormati orang lain adalah gaya hidup suami seperti ini. Apabila mereka dalam mood yang baik, seronok bersama mereka, tetapi bila mereka sedih, jaga-jaga!

Suami yang memanipulasi hanya respek orang yang mempunyai kedudukan lebih tinggi darinya.

Sifat hormat boleh kembali, juga kasih sayang

Suami boleh belajar untuk mengormati isteri. Isteri perlu memahami suami mereka supaya anda mempunyai sikap yang betul untuk membuat perubahan.

Mereka bukannya orang yang jahat dan mereka bukannya ingin membuatkan hidup anda menderita.

Anda tidak perlu tinggalkannya atau layang mereka dengan teruk. Si dia:

  • inginkan perhatian dan kasih sayang, juga seperti anda.
  • apa yang si dia telah lakukan dalam perspektig mereka lakukan adalah yang terbaik.
  • mungkin suami anda tertekan kerana hubungan anda semakin jauh.

Tiada lelaki mahukan hubungan yang teruk.  Dia inginkan jalan mereka sendiri, betul.

Dia ingin anda lihat mereka istimewa, betul. Tetapi suami anda tidak nampak penyelesaian masalah ini, dia hanya fokus menjaga diri mereka sahaja, itu sahaja mereka tahu.

Sebab mereka tak tahu bagaimana, andalah perlu mulakan perubahan.

 

 

Credit: People photo created by yanalya – www.freepik.com