Setiap wanita termasuk Irna bimbang jika suami kita buat sesuatu di belakang kita. Tetapi jika husben kita balik lewat malam dan kita terbau perfume murah tak kan nak duduk diam je. Hari ni Irna nak kongsikan cara-cara nak tahu sama ada suami menipu atau tidak.

  1. Si dia cakap telefon di luar rumah atau di tandas (Secara Peribadi). Hasben anda selalu jawab telefon di luar rumah atau di bilik secara bersendirian. Memang kadang-kadang kita perlukan privasi untuk menjawab panggilan. Tapi kalau dah selalu mcm ni mesti ada yang tak kena terutama tingkah lakunya tiba-tiba berubah.
  2. Si dia padam text history telefonnya. Selalunya kita tak kisah masej-mesej lama sehingga memory dah full. Jika pasangan anda delete atau lebih teruk si dia delete semua sekali selepas menjawab telefon mungkin anda perlu buat sesuatu.
  3. Si dia mengelak daripada aktiviti bersama keluarga. Suami menipu selalu mengelak daripada aktiviti sosial bersama keluarga, minta diri awal, atau terlewat sampai kemungkinan besar si dia menghabiskan masa dengan orang lain sama ada di telefon, komputer, atau bertemu secara peribadi.
  4. Si dia tiba-tiba menghabiskan masa dengan orang lain. Suami curang tiba-tiba banyak habiskan masa bersama rakan sekerja, rakan atau kenalan terutama jika orang itu ialah perempuan, anda mungkin perlu ambil tahu hubungan ini dan kemungkinan bahawa ada sesuatu.
  5. Anda perasan bau si dia berbeza. Sama ada ia adalah minyak wangi wanita atau sabun yang berbeza kerana hasben anda mandi di tempat lain. Deria bau anda pasti tahu. Jika si dia pulang rumah seperti baru lepas mandi selepas seharian bekerja, anda mungkin mempunyai petunjuk bahawa si dia mempunyai hubungan sulit.
  6. Si dia menjadi panas baran. Hasben anda selalu marah dan mengkritik anda walaupun ia bermula dari perkara kecil. Ia mungkin melayan anda dengan kasar dan sering tidak sabar. Jika pasangan anda bersikap begini berkemungkinan besar hasben anda teman tapi mesra.

Amacam…ada tak hasben korang macam di atas, kalau tak de Alhamdulillah. Kalau ada Irna doakan anda dapat selesaikan dengan baik. Tapi jangan main serkap jarang je. Check betul-betul, takut korang pulak dilabel cemburu buta.