Anda tahu tak… kita dilahirkan dengan bibir warna merah jambu secara semulajadi.

“Eh..kenapa bibir saya hitam Irna? huhuhu”

Sabar…biar Irna explain. Sebab-sebab bibir hitam adalah disebabkan oleh tabiat buruk, kekurangan vitamin dan protien dalam dalam diet kita.

Tetapi Irna ada berita gembira nak beritahu anda. Sebenarnya bibir anda boleh di PINK kan semula…

“Betul ke Irna? Habaq lekaih”

Senang je, anda hanya perlukan madu dan gula.

Ambil satu mangkuk yang bersih, masukkan 1/2 sudu madu dan masukkan gula pasir di dalamya.

Gaulkan sehingga gula larut sepenuhnya.

Sapu dan urukan perlahan-lahan bibir anda dengan campuran ini selama 10 – 15 minit.

Basuh bibir anda dengan air.

Sapukan bibir anda dengan lip balm.

Amalkan dalam 3 minggu dan bibir hitam anda akan kembali PINK semula.

Selamat mencuba.